Pages

Thursday, August 26, 2010

Tanah rehat bekerja??

Masa berlalu pantas..panas berganti sejuk,terang berganti gelap..Tapi itulah pusingan alam..begitu jg tanah-tanah yg terlalu galak mengejar kegemilangan..Ada yg smpai lupa kpd Maha Pencipta..namun,masa dan waktu sntiasa bergerak dan berganti..Terpulang kpd mereka utk sedar ataupun tidak..tiba lah masa menghapus dosa..mncari juga malam yg tiada tandingnya..spti yg suda trtulis di dlm Al Quran..Al Qadr..Rehatkn lah jiwa dan figura masing2 wahai tanah..figura yg sudah trlalu lama bekerja tnpa henti..365 dlm setahun..tutupknla sgala nafsu2 dan keinginan..figura dalaman yg selalu meminta2 penghormatan dan masa utk berehat..Ramadan....dtg ingin mmberi syafaat dan nikmat kpd tanah..gunaknlah dgn sebaik mungkin..mungkin inilah dia kebahagian sbnr..jiwa yg luhur dan pnuh dgn ketakwaan akan menghormati segala yg muncul terutama kpd Yang Mencipta mereka..kehadiran bulan ini amat dinantikan oleh tanah2 yg bertakwa..kemusnahan kehidupan kpd medium si api..tertutup litup lah mlut2 mereka..tiada gegak gempita dan sorak sorai mereka..ssungguhnya mereka mendapat habuannya di Al Mubarak

Ramadan Al Mubarak...selamat melalui nya dgn tenang dan sabar bg mendapat syafaatnya..InsyaAllah..

Wednesday, June 9, 2010

Kilauan Butir-Butir...

Kejernihan dan kilauan terlihat dari butir-butir jernih yang jatuh mencium bumi.Keindahan ciptaan Azzawajalla yang tiada tandingannya.Itulah rahmat yang turun ke dunia bagi memberi nafas baru kepada sekitar isi alam.Golongan api bertempiaran lari apabila kuasa petir mencari mereka.Hujan...sungguh indah bagi tanah.Ada yang sibuk mengembara didalam mainan mimpi dan ada juga yang bersujud menunjukkan kesyukuran diatas kuasa Yang Maha Agung ini..Tapi bagaimana tanah boleh berkata 'wah!!hujan..syok tido nie' sedangkan mereka akan tertidur tanpa mengetahui keadaan hujan itu..Hmm..ajaib golongan-golongan tanah ini..Walaubagaimanapun,itulah dia keagungan Yang Maha Pencipta.Syukurilah nikmat yang telah diberikan kepada kita.Dan ucapkanlah Alhamdulillah kerana kita diberi sekali lagi nafas hari ini untuk terus berlegar di muka bumi ini.Allah juga sentiasa membentangkan tgn-Nya di malam hari bagi menerima taubat manusia yang melakukan kesalahan di siang hari dan begitulah sebaliknya..InsyaAllah..Amin

Monday, June 7, 2010

bila hidup..

'life can give you 100 reasons to cry but you can give life 1000 reasons to SMILE'..Statement ini sering kali membuatkan diriku dan manusia berfikir mengapa wujudnya dugaan yang tidak kita duga.Sesungguhnya ia ditujukan utk anak cucu Adam bagi menguji sejaoh mana keimanan kpada Yang Maha Pencipta.100 reasons to cry??kemungkinan dugaan yang Maha Dasyat menyebabkn kita terus menangis dan menangis tanpa kita memikirkan natijahnya.Sebenaranya,dugaan yang paling besar dan menyakitkan bagi 'tanah' adalah hawa nafsu sendiri.Menidakkan yang batil,menghalalkan yang haram,sentiasa berlegar di minda.Bertepuk sorakla golongan api bila berjaya menggelapkan pandangan tanah.But,1000 reason to smile adalah yang terbaik dapat kita terjemahkan melalui apa yang kita lakukan terutama sekali apabila kita mengadap Yang Maha Kuasa.Disitula kita merujuk segala masalah dan dr Dia lah yang menentukan apa yang sepatutnya kita perlukan.Cinta,sayang,cahaya,rezeki,..semuanya adalah dari-NYa.Hanya bertawakal dan berserah padaNya.InsyaAllah apa yang kita perlukan pasti akan muncul juga walaupun terdapat ranjau berduri yang harus ditempuhi terlebih dahulu.Oleh itu,life can give you 100 reason to cry but it can give you 1000 reason to smile adalah ujian yang kta harus tempuhi bagi mnguji sejauh mana kesabaran dan kecekalan kita dalam menghadapi ranjau kehidupan yang tidak dapat diketahui hukum hakam rentaknya.

Sunday, June 6, 2010

Api!!

Api..panas dan mmbara.juga mampu 'meremukkan' jika tidak dikawal dengan sempurna.Baraan yg menyala itulah mewujudkan satu watak kejahatan.Syaitan Laknatullah.Yang telah bersumpah setia untuk menyesatkan manusia.Tidak terlepas juga penulis ini yang lalai dan tumbang tanpa sebarang sokongan jiwa yg mantap.Subhanallah.Namun,kepanasan api ini mampu dilumatkan dengan 1 lingkaran keimanan kpd Tuhan yang Satu.Amar makruf nahi munkar..Rasa amarah juga dihasilkan dari api jiwa syaitan.Amarah yg mengusai jiwa menaikkan kegembiraan syaitan sambil bertepuk sorak mereka kerana berjaya menumbangkan segumpal tanah iaitu dari umat Muhammad. Oleh itu,perasaan amarah harus dikawal kerana perang melawan hawa nafsu amarah adalah perang terbesar didalam jiwa manusia.Jika tidak dikawal dengan sempurna ianya akan memakan diri ibarat menconteng arang ke muka sendiri..Semuanya ada di tangan setiap unsur tanah dimuka bumi ini.Keimanan yang tinggi akan membawa kepada nur cahaya ke syurga dan begitulah sebaliknya..Sesungguhnya ketinggian perwatakan unsur tanah adalah dipandang dari segi ilmu,iman dan akhlaknya..semoga kita sentiasa ditempatkn dikalangn org yang beriman..InsyaAllah

Hari ini..Semalamnya dan Kemudiannya..

Akan ku hitung kesan-kesan gelap yang menyelubungi hari semalamku dan akan kucucinya dengan penuh penyesalan dan kehormatan yang merangkumi warna-warna esok yang lebih cerah agar ianya sentiasa indah dan gemerlapan disamping membawa sinar masa depan yang gemilang

Saturday, June 5, 2010

Kenapa,Mengapa dan Sepatutnya

Disaat medium berwarna yang sentiasa dipijak oleh manusia semakin ditarah bagi menggapai kecemerlangan dan kegemilangan terdapat satu sekumpulan manusia yang masih tercari-cari sinar dan masa depan yang tidak tahu kesudahannya.Golongan yang sentiasa memerlukan simpati,bantuan dan harapan dari kaki kaki dan tangan tangan yang sempurna sifatnya demi menjamin kehidupan mereka dimasa akan datang.Melihat anak-anak tersenyum dengan sinar baru yang bakal tiba ataupun lautan air mata jatuh menghempas bumi.Kerakusan golongan tanah yang kotor menyembahkan darah kepada tuan mereka atas dasar kesombongan yang meluap-luap.Jahilnya sifat perikemanusiaan dan yang lain menjadi mangsa..Itulah dia!!masyarakat yang sudah kita tahu gerangannya dan sangat memerlukan kudrat kita bagi meneruskan hidup..
Semoga Allah sentiasa membantu makhluk ciptaan-Nya dan kita seharus dan sepatutnya sentiasa bersyukur kerana mempunyai perikemanusiaan dan bebas dari kejahilan.Hanya huluran doa dari hati yang suci mampu kita berikan. Amin..