Pages

Sunday, June 6, 2010

Api!!

Api..panas dan mmbara.juga mampu 'meremukkan' jika tidak dikawal dengan sempurna.Baraan yg menyala itulah mewujudkan satu watak kejahatan.Syaitan Laknatullah.Yang telah bersumpah setia untuk menyesatkan manusia.Tidak terlepas juga penulis ini yang lalai dan tumbang tanpa sebarang sokongan jiwa yg mantap.Subhanallah.Namun,kepanasan api ini mampu dilumatkan dengan 1 lingkaran keimanan kpd Tuhan yang Satu.Amar makruf nahi munkar..Rasa amarah juga dihasilkan dari api jiwa syaitan.Amarah yg mengusai jiwa menaikkan kegembiraan syaitan sambil bertepuk sorak mereka kerana berjaya menumbangkan segumpal tanah iaitu dari umat Muhammad. Oleh itu,perasaan amarah harus dikawal kerana perang melawan hawa nafsu amarah adalah perang terbesar didalam jiwa manusia.Jika tidak dikawal dengan sempurna ianya akan memakan diri ibarat menconteng arang ke muka sendiri..Semuanya ada di tangan setiap unsur tanah dimuka bumi ini.Keimanan yang tinggi akan membawa kepada nur cahaya ke syurga dan begitulah sebaliknya..Sesungguhnya ketinggian perwatakan unsur tanah adalah dipandang dari segi ilmu,iman dan akhlaknya..semoga kita sentiasa ditempatkn dikalangn org yang beriman..InsyaAllah

No comments:

Post a Comment