Pages

Saturday, June 5, 2010

Kenapa,Mengapa dan Sepatutnya

Disaat medium berwarna yang sentiasa dipijak oleh manusia semakin ditarah bagi menggapai kecemerlangan dan kegemilangan terdapat satu sekumpulan manusia yang masih tercari-cari sinar dan masa depan yang tidak tahu kesudahannya.Golongan yang sentiasa memerlukan simpati,bantuan dan harapan dari kaki kaki dan tangan tangan yang sempurna sifatnya demi menjamin kehidupan mereka dimasa akan datang.Melihat anak-anak tersenyum dengan sinar baru yang bakal tiba ataupun lautan air mata jatuh menghempas bumi.Kerakusan golongan tanah yang kotor menyembahkan darah kepada tuan mereka atas dasar kesombongan yang meluap-luap.Jahilnya sifat perikemanusiaan dan yang lain menjadi mangsa..Itulah dia!!masyarakat yang sudah kita tahu gerangannya dan sangat memerlukan kudrat kita bagi meneruskan hidup..
Semoga Allah sentiasa membantu makhluk ciptaan-Nya dan kita seharus dan sepatutnya sentiasa bersyukur kerana mempunyai perikemanusiaan dan bebas dari kejahilan.Hanya huluran doa dari hati yang suci mampu kita berikan. Amin..

No comments:

Post a Comment